Mengenai

Ditubuhkan pada bulan Jun 2019, Dolovmi Sdn Bhd adalah syarikat jualan produk-produk Kesihatan dan Kecantikan. Sebuah syarikat yang menumpu kepada kaum wanita, ia bertujuan untuk memulihkan keseimbangan kesihatan di kalangan wanita dan di kalangan pasangan suami isteri. Portfolio Dolovmi merangkumi produk intim yang dapat membantu wanita memperoleh keyakinan dan menyembuhkan isu-isu kecantikan dalaman mereka.

Dolovmi menggalakkan masyarakat untuk meraikan keistimewaan wanita dan memperkasakan mereka untuk menjadi versi terbaik mereka, melengkapkan mereka dengan pengetahuan untuk berdikari serta membolehkan mereka meneroka, belajar dan menikmati menjadi sebahagian daripada masyarakat yang lebih besar.

Sebagai platform untuk wanita, ia menggalakkan wanita untuk membincangkan isu kecantikan dalaman dan kesihatan mereka tanpa penghakiman. Di mana ia bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dan mendidik wanita tentang penyakit dan komplikasi kesihatan wanita, di mana mereka boleh mengambil langkah untuk membasmi penyakit ini.

Perkhidmatan Dolovmi Sdn Bhd boleh didapati di Malaysia, Singapura dan China, produk ini menggabungkan teknologi dari Amerika Syarikat dan pembuatan produk yang berpusat di China. Malaysia adalah ibu pejabat bagi jenama Dolovmi.

banner

DOM TEE

Dom Tee, seorang usahawan yang bersemangat, percaya dalam mendorong perniagaan yang mempunyai agenda yang kukuh dan baik disebaliknya. Setelah dianugerahkan dengan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada majlis 100 Usahawan Muda Yang Berpengaruh pada tahun 2019, beliau menjangka Dolovmi Sdn Bhd untuk mengambil peranan yang penting dalam menyediakan wanita untuk menghadapi cabaran-cabaran kesihatan dan kecantikan dalaman yang membolehkan mereka untuk mengekspresi diri mereka secara yakin dan bebas.

JANICE LEE

Janice mendalami industri kesihatan dan kecantikan selama lebih daripada lima tahun. Beliau adalah pengasas Naa Naa Beauty, syarikat yang merupakan pusat kecantikan penyelesaian sehenti bagi semua wanita, di mana mereka mengimport produk dari Korea, Taiwan, Perancis, Jepun, Jerman dan negara-negara lain. Janice memutuskan untuk menjadi rakan kongsi Dolovmi Sdn Bhd untuk membantu wanita mengatasi topik yang sukar dibincangkan mengenai kesihatan peribadi yang boleh menjaga kesihatan dan mengekalkan keluarga yang harmoni.

DING DING

Ding Ding membawa pengalaman selama 20 tahun dari industri kecantikan, di mana dia berkongsi pengalamannya dalam membimbing wanita untuk melindungi kesihatan, mengekalkan kecantikan dalaman dan mengekalkan gaya hidup yang seimbang mereka. Motivasi beliau berasas dari ibunya, yang meninggal dunia akibat kanser serviks, dan ini telah mengalakkan Ding Ding untuk menyebarkan kesedaran tentang penyakit wanita dan memeranginya.

KEBAHAGIAAN

Kebahagiaan adalah keadaan yang semua orang mahu mencapai di dunia ini. Untuk mendapatkan kebahagiaan, kita perlu memulakan perjalanan batin kita dalam mencari kehidupan yang penuh tujuan dan membina sarang kita sendiri yang menyuburkan kesihatan, jiwa dan minda kita. Dolovmi Business memahami, menyokong dan mencipta jalan untuk kebahagiaan kami, membolehkan kami untuk sepenuhnya menyampaikan pemikiran yang mendalam melalui perniagaan. Di mana ia adalah tanggungjawab kami untuk memastikan, melindungi dan mengekalkan kebahagiaan kami.

KESEIMBANGAN

Masyarakat yang seimbang mempunyai ciri-ciri kestabilan dan kesetaraan dan ini adalah asas yang diperlukan untuk struktur sosial yang menyokong satu sama lain dari segi perkembangan individu dan keluarga. Apabila seseorang individu disokong oleh komuniti mereka, struktur sosial akan diperkuatkan lagi di dalam masyarakat. Oleh itu, perniagaan Dolovmi ingin mengekalkan dan menyokong keseimbangan ini.

KEYAKINAN

Dengan teknologi Amerika Syarikat yang digunakan dalam produk Dolovmi, setiap produk diuji dan terbukti memberikan hasil yang positif. Hasil ini telah memberikan pengguna keyakinan yang diperlu untuk berkongsi tentang kisah mereka dan bagaimana mereka telah mengatasi isu mereka. Keyakinan kepada produk Dolovmi akan diperolehi melalui pengetahuan produk dan kisah pengalaman sendiri. Oleh itu perniagaan Dolovmi memberi sokongan kepada kaum wanita melalui latihan produk dari pakar kami, supaya keyakinan dibina dalam pengguna dan mereka mempunyai kemampuan untuk memberikan penyelesaian kepada kaum wanita yang mengalami isu-isu wanita.

Visi

Dolovmi Sdn Bhd berusaha untuk membina komuniti bagi wanita untuk berkongsi tip kecantikan, masalah kesihatan dan isu-isu intim yang tidak dapat disuarakan dalam masyarakat hari ini.

Misi

Dolovmi Sdn Bhd berhasrat untuk memperkenalkan produk yang boleh membina masyarakat yang sihat, seimbang dan harmoni yang boleh memberi manfaat, bukan sahaja kepada kaum wanita, tetapi kaum lelaki juga.